Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, April 3, 2009

Spring~~


Salam,

Alhamdulillah... Bumi DuBlin kini Terhias Indah dgn Warna-warni Bunga2an CiptaanNya, panas matahari pun dh dpt rasa.. BEST!!!  

SubbahanaALLAH.. begini rupanya musim bunga (SPring) di Bumi Barat... Allahuakbar..

Awalnya, sekadar memenuhi impian ayah supaya ak tgkap gambar2 bunga kt ST Stephen Green Park buat tatapan keluarga di Malaysia..

Tiba2~ bila ditgok gamba2 yg telah berjaya diambil ni.. CanTIk pula.. So.. ingin sekali dikongsi dgn rakan-rakan~~

JOm Tgok betapa Indahnya CipTaan ALLAH..



Katakanlah (wahai Muhammad): perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.  
(  سورة يونس  , Yunus, Chapter #10, Verse #101)


RCSI, my College from a far..




Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.  
(  سورة النور  , An-Noor, Chapter #24, Verse #41)



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucaptasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.  
(  سورة الإسراء  , Al-Isra, Chapter #17, Verse #44)

at the Garden GAte..






Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?  
(  سورة الأعراف  , Al-Araf, Chapter #7, Verse #185)









Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). 
(  سورة يونس  , Yunus, Chapter #10, Verse #24)

Wallahualam.

1 comment:

Sahalfikri said...

kami di sini pun patutnya dah spring tapi masih sejuk lagi..hehe. apa leh wat, kesan pemanasan global menyebabkan iklim dah tak stabil..

hari tu da panas sikit, pastu sejuk balik..wah, susah dijangka..

hah, tangkaplah gambar banyak2..