Alhamdulillah.. nak kongsi sesuatu.. Firman Allah.. Al-HAjj,22:46
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di Bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat MEMAHAMI, telinga mereka dapat MENDENGAR? Sebenarnya bukan MATA itu BUTA, tetapi yang BUTA ialah HATI yang di dlm DADA"
SubbahanaALLAh.. ketemu jua ak dgn kata ttg kebutaan ini.. Allahuakbar!!
Benarlah.. kita pasti akan jumpa apa yg kita niatkan.. Tp cukupkah hanya berniat utk mencari kebenaran.. mencari fakta sains, mencari ketenangan dan len2 jawapan cliche...
klu itu yg dicari.. InshaALLAh Allah akan beri.. inilah ke'buta'an kita semua..
bukankah.. Berniat utk mencari REDHA ALLAH semata2 itu lebih dr segala2nya?? Di dalam RedhaNya.. kita bakal dapat kesemuanya.. truth,tranquility,Science, dll...
Dikisahkan, seorang hamba Allah yg kuat beribadah selama beratus2 tahun, apabila tiba masa utk ditimbang amalanya..
Allah bertanya pada hamba itu.. "berbekal apakah kamu hendak masuk ke syurgaKu?"
jawab si hamba itu dgn YAKIN.."Berbekalkan amalan & ibadat2ku yg telah bnyak ak lakukan tika hidupku"
setelah ditimbang amalan & ibadat2nya.. tahukah anda.. beratnya hanyalah berat sebelah biji matanya.. hanya seberat itu??!!! ya.. amalan2nya x mampu mengatasi nikmat2 Allah yg telah dikurniakan padanya.. X mungkin dapat disamakan apatah lg melebihi...
kalau hamba tu yg beribadat selama beratus2 thun pun x mampu gunakan amalan2nya utk masuk syurgaNya.. apatah lg kita.. yg life expentancy hanya 70++.
Anda rasa dpat x hamba ni masuk syurga hanya dgn timbangan hanya sebnyak tu...
Alangkah baiknya jika si hamba itu menjawab, "berbekal Rahmat dan RedhaMu semata2 ya Tuhanku..."
MENcari RedHA ALLAh itu matlamat utama.. pahala2 itu soal kedua.. Dia jualah yg menentukan pahala2 itu.. bukan dlm kawalan kita.. Jadi yg kita mampu kawal skunk.. adalah NIAT..
NiaT Lillahitaala itu yg penting.. Cuba ucapkan lafaz ini sebelum bertolak ke sekolah.. InshaALLAh anda akan lebih bersemangat.. sbb.. MAtlamat kehidupan diperjelaskan.. & sbgai peringatan utk diri.. usaha2ku ini Semua untukNYA.. semua semata2 utk RAhmat dan RedhaNya..
WAh!! bestnye.. InshaALLAH harimu pasti akan ceria.. =)
Ingat HADIS 1?? bacalah.. fikir2kan..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) باب قوله ) hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam

" Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya."
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment