Salam,
Alhamdulillah.. mama ayah.. khas utk mama & ayah.. mama, ayah cuba byangkan.. nama Dr. Tini Maharani jd Dr. Nur Syarafina Abd Aziz... tp bab2 kesukaan dlm politik x sama.. hehe..
PAKAR PERUBATAN TERMUDA
Tetapi itu bukan penghalang bagi seorang gadis Melayu, Dr. Tidi Maharani, 27, yang kini bergelar doktor pakar paru-paru dan sedang bertugas sambil belajar di Hospital Beaumont di Dublin, Ireland.
Setiausaha Pentadbiran Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Shariff Hamid berkata, Dr. Tidi yang juga ahli dan jurucakap KULN di Ireland merupakan doktor pakar paru-paru termuda di negara itu.
Katanya, Dr. Tidi juga merupakan bekas pelajar termuda yang mengikuti jurusan perubatan di Royal College Surgeons, Ireland ketika berusia 17 tahun.
''Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor pakar dalam usia yang muda, apatah lagi Dr. Tidi pakar dalam paru-paru.
''Dalam masa sama, kecenderungannya dalam hal ehwal politik juga tidak kurang hebatnya apabila dia turut membantu ibunya, Dr. Paridah Abd. Samad menghasilkan sebuah buku politik bertajuk, Tun Abdul Razak: FenomenaPolitik Malaysia,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurut Shariff, anak pertama daripada dua orang beradik itu juga baru sahaja dianugerahkan Ikon Glokal 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak tiga hari lalu.
''Sebenarnya, kita ada ramai lagi pelajar yang mempunyai pencapaian yang cukup membanggakan terutamanya anak-anak Melayu kita di luar negara.
''Kebanyakan pelajar-pelajar ini adalah ahli KULN dan juga aktif dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KULN dalam usaha memperkasakan golongan muda di dalam dan luar negara,'' katanya.
FUh.. cayalah.. I want to be like her.. hmm tp.. skunk umurku bkal 21.. 25 hbes blja, 28 bru nk wat master.. pling awal 31 jd Pakar.. aiyak.. x ley la nk ikut jejak beliau..
eh x2~ Umur bukan ukuran.. yg penting keazaman, cita2 tinggi, motivasi dll dr beliau yg ak kne amek.. yewah!!! Syarafina Anda Buley!!! Ingat harapan Mama Ayah!!!
ye, InsyaAllah, saya Nur Syarafina bermamakan Rusni, berayahkan Abd Aziz Boleh!!!
hehe.. teringat msg yg ayah bg time Final A-level(2008) dlu..
"Dr Sheikh Buley.. Anak Ayah pun BUley.. MAlaysia Boleh" kikiki.. Comel la ayahku ini..
tibe2~ Ayah eina rindu ayah ngan MAma.. isk3~
(Countdown nak balik: 85 days left.. ngee3~) Exam?? erk.. xnak kira.. huhuhu..
okies..
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment