Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Sunday, January 11, 2009

raLAt?!! tp BERITA BAIK!!!!

SALAM..

MUSLIMAT semuA!!!! BRita BAIK... MAri BACA!!!

balasan eMEL yg ku hantar utk kepastian slpAS mendapat info dr kak mala..
dan diBAlas oley Orng MSM duBLIN..


===================================================================================
assalamualaikum wbt

jazakillah ats pertanyaan.. :)

yer..umrah ni utkmuslimin dan muslimat..
berapa ramai boleh join, seramai mungkin insyaAllah...untuk sape2 yang berminat..perlu daftarsblm tarikh tutup registration which is on 26th january

untuk details perjalanan..perlu dipanjangkan email kepada msmtravelandtours@yahoo.com
basically, flight details secara roughly;

london-jeddah-kl-london

london- jeddah dan jeddah-kl ; tarikh depends on kite nak join which group, 1 or 2
kl - london ; you can choose your preferable tarikh insyaAllah..

maaf jika x boleh nak jawab soalan dgn tepat..anyway, can always email msmtravelandtours@yahoo.com for any soalan regarding this umrah..

k. nani,
majlis syura muslimun dublin

=========================================================================

ngeee3~ ha apa macam?? mahu JOIN??? hehe... SILA2.. ReGIster before 26th JAN 09!!

maaf atas fakta yg x lengkap dan sedikit ralat dlm post lepas ttg
UMrah?? nak2!! (klik disini)

sedikit InFO ttg UMRAh:-

MAKSUD UMRAH :·
menziarahi ka’bah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH :
1. Islam
2. Baligh
3. Akil
4. Merdeka
5. Berkemampuan :
Syarat-syarat berkemampuan:
-sihat tubuh badan
-cukup perbelanjaan pergi balik dan untuk keluarga
-kenderaan selamat
-terjamain keselamatan semasa perjalanan dan mengerjakan haji
- TAmbahan bg perempuan:-

@ Dengan izin suami/wali (kne dapat kebenaran AYAH anDA!!! jgn LUPA!!!)
@ ditemani suami/mahram
@ perempuan - perempuan yang dipercayai ***(
rujuk nota kaki..) ^_^/(alhamdulillah.. lapang dadaku... ngeee3~)

RUKUN UMRAH
1. Niat
2. Tawaf di ka'bah 7 kali
3. Sa'i
4. Bercukur
5. Tertib

Perkara Wajib Umrah :
• berniat ihram di miqat
• meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram


sumber 1 (klik di sini)

***PERMUSAFIRAN YANG HARUS ATAU SUNAT SEPERTI BERNIAGA, ZIARAH DAN LAIN-LAIN

1)Ditemani suami atau mahram - Pendapat jumhur Fuqahak

2)Ditemani perempuan-perempuan thiqah Pendapat ini wujud kerana ia telah diriwayatkan oleh para ulamak mazhab syafie seperti Abu Hamid, Al Mawardi, Al Muhamili, Al Qadi Husein, Al Baghani, Al Rafei dan lain-lain. Sebab itulah menurut Al Mawardi sebahagian Mazhab Syafieyyah membolehkannya kerana menyamakannnya dengan permusafiran wajib yang ditemani oleh wanita-wanita thiqah. Al Bandahiji pula menyebutkan 'Qil' yang membolehkan permusafiran musliamh dengan seorang atau beberapa orang wanita thiqah bagi permusafiran yang harus.

3)Bersendirian tanpa ditemani oleh suami atau mahram - Sufyan Al Thawri membolehkan untuk perjalanan yang dekat sahaja iaitu kurang dari 3 marhalah (96 batu) - Pendapat Al Qaffal dan ini dipandang baik (ãÓÊÍÓä ) oleh Al Ruyani. Kata Abu Hamid pula sebahagian Ashab kami( Mazhab Syafei) membolehkannya keluar tanpa mahram didalam permusafiarn yang wajib atau selainnya. Barangkali maksud Al Qaffal, Abu Hamid dan Al Ruyani ialah permusafirannya dengan rombongan atau wanita thiqah tanpa ditemani oleh mahramnya.

4)Bersama kumpulan atau rombongan

5)Syeikh Al Khazraji Mufti Emirate( Republik Arab Bersatu) dalam fatawa Al Khazrajiyyah mensyaratkan wanita tersebut mesti dihantar ke lapangan terbang (pergi) dan disambut juga di lapangan terbang (tiba) oleh ahli keluarganya atau mahramnya. Tetapi lahjah fatwa Quwait menambah, tempoh perjalanan mesti kurang dari sehari semalam misalnya dari Norway ke Maghribi dengan kapal terbang. Syeikh Ahmad Al Basyuni menukilkan bahawa ini adalah pendapat sebahagian ulamak mutaakhirin.

6)Pendapat ini telah ditarjihkan oleh Qardhawi iaitu bagi perjalanan yang aman sahaja seperti menaiki kapal terbang dan keretapi. Syeikh Al Qardhawi tidak menyebut permusafiran dengan teksi atau van kecil kerana ia tidak selamat untuk wanita muslimah

sumber 2
(klik di sini)

p/s: utk penjelasan yg lebey jelas buley rujuk orng yg lebih pakar.. =)

RAkan2 muslimatku.. KAlau Ditakdirkan anda berJAulah ke TAnah suci... DOAkan kehadiran saya disana juga yer...

WAllahualam

No comments: