Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Thursday, January 8, 2009

Jangan TinGgaLkan Adik..

SaLAm...

hrini nak membawa sebuah ceghita..

"Tak pernah adik terfikir nak menulis sebelum ni. Tapi entah kenapa adik rasa kesunyian makin menghimpit hidup adik. Hanya buku nota dan pensel kontot ni je la teman adik sekarang. Yang lain entah ke mana perginya...seminggu lepas, ayah dan abang ngah menghilang. Katanya nak keluar berjalan. Adik nak ikut, tapi ayah tak bagi. Katanya adik ni banyak songeh. Huhu. Tak aci betul. Abang ngah boleh pulak ikut. Mesti diorang nak beli baju baru, kasut baru untuk raya nanti. Hmm, takpelah ayah. Adik tak kisah. Mak ngan kak long ada. Diorang boleh main ngan adik, teman adik jalan-jalan...

Tapi entah kemana diorang pergi, yang adik ingat malam tu ramai orang datang rumah adik. Semua muka sedih je. Mak suruh adik duduk dalam bilik. Sorang-sorang. Adik ikut je la. Tapi dari celah pintu, adik nampak mak ngan kak long menangis. Mak ngah cuba peluk mak ngan kak long. Tapi adik nampak makngah sendiri yang nangis. Pelik betul diorang ni. Dari celah-celah orang ramai, adik nampak ayah ngan abang ngah masuk rumah. Best betul diorang, siap ada orang usung lagi. betul sangkaan adik, diorang beli baju baru. Warna putih. Semua putih. Takde la lawa sangat pun. Adik cuba keluar. Macam biasa, nak peluk ayah. Pastu nanti ayah akan cium adik. Hehe. Adik suka sangat bila ayah cium adik. Kena misai ayah, geli...

Tapi kak long jahat, dia tak bagi adik keluar. Kak long cakap ayah ngan abang ngah penat sangat-sangat. Nak tidur. Tapi adik tengok pakcik-pakcik kat luar tu bawa ayah ngan abang ngah pergi. Mak pulak tak habis-habis menangis. Hmm, takpelah ayah, adik tak kisah jugak. Malam ni adik boleh tidur ngan mak...

Memang ayah tidur lama, penat sangat-sangat kot. Sampai hari ni adik tak nampak diorang.

Semalam, adik ngan kak long keluar jalan-jalan, adik tengok semua rumah kawan-kawan adik dah hancur. Ni mesti diorang main tembak-tembak ni. Tak pulak diorang ajak adik. Adik nampak sesuatu, kat celah-celah bangunan yang runtuh tu, adik nampak ramai yang dah 'mati'. Ni mesti tak sempat nak nyorok. Kan dah kena tembak. Tu la, main tak ajak adik. Adik cuba nak bercakap ngan diorang, tapi cepat pulak kak long tarik tangan adik. Katanya mak marah balik lewat-lewat...

Sampai depan rumah, adik tengok ngan rumah-rumah adik sekali dah hancur. Tak aci betul diorang ni. Adik bukan main sekali pun. Tapi rumah adik pun kena sekali. Habis diorang tembak. Adik cuba panggil mak. Tapi senyap. Kak long pulak nampak macam terkejut, tak gerak-gerak. Bila adik panggil baru kak long sedar, lepastu terus dia menangis. Lagi adik pelik. Kak long tarik tangan adik, cuba angkat batu-bata rumah yang berselerak. Adik jumpa mak. Tapi adik nampak ada cecair merah kat dada ngan kepala mak. Adik kejutkan mak. Tapi mak taknak bangun. Kak long pun cuba kejutkan mak sekali. Tapi akhirnya kak long nampak keletihan. Dia peluk adik dan terus tertidur atas badan mak. Air mata kak long tak henti-henti keluar. Adik diam je la...

Pagi tadi, bila adik tersedar, ada duaorang lelaki sepak adik. Sakit sangat. Diorang bawak senapang. Macam dalam cite perang tu. Fuh, memang sebijik. Tapi time tu adik dah bengang dah. Boleh pulak dia sepak orang tengah tidur. Kak long pulak bila nampak diorang terus je peluk adik kuat-kuat. Tapi salah seorang lelaki tadi tarik tangan kak long. Kak long menjerit, suruh adik lari. Adik jadi takut, adik terus je lari laju-laju. Tengah adik berlari tu, adik dengar suara kak long menjerit. Kenapa kak long? Adik menyorok dalam longkang besar. Time tu adik ingat lagi, dalam suara kak long yang sayup-sayup tu, dengar orang tembak-tembak. Dua kali. Lepas tu adik tak dengar dah suara kak long. Sunyi...

Adik tunggu je la kak long. Setakat ni dah dekat 5 jam adik tunggu. Nak keluar adik takut. Dalam 5 jam ni macam-macam adik dengar, bunyi tembakan, bunyi bom, bunyi kete....entah kenapa adik rasa takut. Kejap tadi adik dengar suara lelaki ketawa. Rasanya kat luar ni je kot. Ayah, abang ngah, mak, kak long...adik takut ni. Ke mana semua dah pergi. Sampai hati tinggal adik sorang-sorang...dah la sejuk ni... - "

artikeln dcopy paste dr sini

maka apa perasaan anda?? jika benar hal ini dirasai oleh saudara2 kita di sana.. apakah tggjwab kita???? biarkan??? Jom kita fikir2kan.. dan BERTINDAK..

Wallahualam.

No comments: