huhu.. dh berpuluh2 tahun kita 'sambut' hari Asyura dgn bubUr2 Syura segala... tp tetibe bile dri sendri bertanya pada tuan badan.. apa itu hari AsyuRA??? huH.. terkedu.. haah Ek ada apa dgn HAri Asyura????
kiTA ni pUasa ikut2an ka??? huh.. PAng!! (menampar dri sendri-ilusi-).. Akhirnye selepas 20 tahun 8 bulan ak kt dunia ni.. baru ak tahU seJArah hari Asyura.. huhuhu.. Sgt2 sedih.. terasa sgt teruk.. JAhil amat ak ni...
permulaan pencarian mmg sengsara.. susah tul nk dapat.. semua bercerita ttg hal2 perang KArbaLA yg mmg ditakdir ALLAh berlaku pada 10 Muharam.. Tp pikir2 kejadian tu terjadi masa zaman selepas Khalifah.. Sedangkan RAsuLullah terlebih dahulu menggalakkan kita berpuasa pada bulan Muharam...
Sbb nk tahu sbb apa tula.. pencarian ini bermula... CAri punye cari.. x jumpe.. PeninG.. GUsaR.. rse bersaLAH.. mungkin ada je.. tp skill pencarian ak terukzz.. huhu.. Habis semua rakan2 yg dirasakan punya Ilmu ku serbu.. (hihi.. TriMASS la korang.. mantap2.. x sia2 ak add korng.. hehe.. ALhamdulillah) Iluvislam juga ku buka.. tp.. ak jumpe apa yg ingin diketahui... hmm.. cari2 cari.. cari lagi... [padahal lectures note utk exams bnyak lg x terbaca tu... huhu.. demi ILmu Agama ak x kisah.. huks3~ InshaALLAH]
At last, Dgn iZin Allah, page yg ak tgh searCh.. terpampang.. "Hari Asyura - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas " hohoho.. Indon2 pun Indon2 la... MAka Alhmadulillah dgn Izinnya.. salah seorng insan YM membantu ak meneruskan pemahaman ak ttg cara wikipedia itu bertindak... kiki.. awalnye agak ragu ttg isi2 dlm wiki2 ni.. rupenye.. Sunni Islam is also referred to as Ahl as-Sunnah wa’l-JamÄ‘h .. hoho.. bru thu.. plus kat reference dier de tulis.. "Sahih Bukhari 1900; Sahih Muslim 1130 ".. Alhamdulillah.. maka buleyla ak gunakan info ni...
tp x pueh hati lg.. ak pun cari2 lagi.. Fuh.. jumPA juga akhirnya.. " Hari Asyura-Wikipedia bahasa Melayu" PAstu terus bnyak pule page2 yg berkaitan.. wohoho.. Alhamdulillah..
MAKA.. ak ingin la berkongsi Ilmu dgn Rakan2... SHAring is CARinG.. ngee3~ SupAya apa yg kita AMALkan berpandukan ILMU.. bukan ikut2an.. InshaALLAH.. =)
________________________________________________________________
HARI ASYURA...
Bilakah???
* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Sejarah Asyura
Pada masa pra-Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya resmi bangsa Arab. Pada masa itu orang-orang berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh suka cita sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negeri Iran.
Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari suka cita.
Menurut tradisi masyrakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).
Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Ketika Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bershaum pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk bershaum pada hari itu, para shahabat shahabat berkata : “Itu adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.” Maka Rasulullah shalallahu’alaihi wa sallam bersabda : “Bila tiba tahun depan Insya Allah kita (juga) akan bershaum pada hari ke-9 (bulan Muharram).”Ibnu ‘Abbas berkata : Namun belum sampai tahun depan kecuali Nabi shalallahu’alaihi wa sallam telah wafat terlebih dahulu. [HR. Muslim no. 1134]
Persoalan2 yg selalu timbul..
Sumber dr ILUVISLAM.com
kenapa YAhudi pun PUasa pada 10 MUharam??
>kerana pada hari tersebut NAbi Musa berpuasa untuk mengekspresikan kegembiraan kepada Tuhan karena kaum Yahudi sudah terbebas dari Fira'un (Exodus)
Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
Apakah kelebihannya?
*Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran
Mengapa pula puasa pada 9/10 atau dibuat 10/11 Muharram?
* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
Apa Amalan yg digalakkan?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”
huhu.. Alhamdulillah.. lega rasa hatiku.. syukur2.. satu Ilmu baru... =)
p/s: Jom kita Puasa.. JOm kita mandi sunaT juga.. JOm berkongsi2 ILmu.. =)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment