Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH..

SALAM....

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama:
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

keDUA:
Menandakan TAhun BAru bg Umat Islam.

Dalam meneruskan perjuangan Islam ini, tiada bekalan yang paling utama selain daripada akidah itu sendiri. Hijrah sebenarnya menggambarkan perjuangan untuk menyelamatkan akidah. Kita hijrah maknawi daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.




SEdikiT kata2 drKU..

  • Semoga kita sama Menjadi HAmba ALLAH yg lebih baeq dr TAhun sebelum2nya..
  • ALLAH tujuan Kita, RAsulullah Teladan Kita, Alquran pedoman hidup Kita, Jihad Jalan juang kita dan MAti dijalan Allah menjadi cita-cita kita.. AMIN..
  • MAaf ya kiranya atas dosa2 yg pernah dibuat samada sengaja atau tidak.. HAlalkan segala2nya ya..
  • InshaALLAH, saya juga memaafkan rakan2 semua.. dan menghalalkan semuanya..

Al-Baqarah ayat 218:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

JOm DOA..

DOA Akhir TAhun (ingat lg, ayah gtau kami.. sebaik2nya doa ni dibaca sebelum maghrib, sbb hari utk kita bermula selepas maghrib.. dan berakhir selepas asar..)

Dengan Nama ALLAh Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda sekalian.

Ya ALLAh, apa jua yg kami lakukan pada tahun iniyg Engkau larang tapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakanya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa utk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dgn beraninya kami menderhakaiMU, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu dan bertaubat, maka ampunkanlah kami, terimalah taubat kami.

Dan apa jua yg kami lakukan pada tahun ini yg Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan YA ALLAH, wahai Tuhan yg Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadapMU,wahai Tuhan yg pemurah

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluaraga baginda dan para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.

AMIN.

DOA AwaL tahun

Dengan nama ALLAH yg Maha pemurah lg Maha PenyaYang,

Segala puji bg ALLAH Tuhan semesta Alam, Salawat dan sala ke ayas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.

YA ALLAH, Engkaulah yg abadi, yg Qadim dan yg awal. Dengan limpah kurniaMu yg besar dan kepemurahanMu yg sejati, tahun yg baru ini tiba kepada kami.

Maka kami pohonkan kepadaMU keterpeliharaan drpda syaitan yg direjam, para penolongnya dan tentera2nya, dan kami pohonkanpertolongan menghadapi nafsu yg sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan utk bergiat dgn amalan yg dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir2nya.

Wahai ALLAH yg empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yg paling mengasihani di antara yg mengasihani.

Moga ALLAH mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w yg ummi,ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.Segala puji bg ALLAH Tuhan semesta alam.

Amin.

InshaALLAH..

P/s: mungkin de perbezaan tarikh.. 28/29 Dis.. tp ini bukanlah halnya.. kita harus menrima perbezaan.. =).. Yg penTINg AZaM baRU dh terTAnam.. SeMAnGAT jiHAD BARu...

ALLHUAKBAR!!!.. FisaBILLILAH....

Wallahualam.

No comments: