Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Wednesday, December 31, 2008

Berbalaskah sebuah cinta?

SALAM...

Mana mungkin sebuah perasaan kasih hanya daripada sebelah pihak. Mungkin sebab itu istilah Bahasa Melayunya ‘kasih sayang' lebih menjelaskan maksud yang dalam pengertiannya.

Cinta juga kasih dan sayang adalah kesan akibat daripada dua perasaan yang berhubungan. Mudah sekali melafaz kata-kata cinta, tapi untuk mendapat balasannya sesuatu yang masih belum kepastiannya.

Mana ada yang mengaku tak sayang kepada Rasulullah saw. Tapi yang banyaknya tidak lebih daripada sebuah lafaz. Mungkinkah cinta kita dengan Rasul saw masih bertepuk disebelah tangan?

Cinta sejati pastinya bersyarat. Ada bezanya antara cinta suami dan isteri, anak dan ibubapa bila dibandingkan dengan cinta kepada Rasulullah saw. Syaratnya lebih mudah namun pelaksanaanya memohon korban. Korban nafsu dan semangat mujahadah.


Syarat sebuah cinta

Tiga golongon yang mampu mengecapi kemanisan iman :


1. Allah dan Rasul lebih sayangi daripada segala-galanya
2. Tidak dia mengasihi seseorang kecuali semata-mata kerana Allah
3. Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke jurang neraka.
(Mafhum Hadis)

Syaratnya cukup mudah. Sayang mesti lebih daripada yang lain. Sayang Allah dan Rasul lebih daripada sayang ibubapa, isteri, suami, anak-anak, harta, pangkat dan segala-galanya.

Sayang bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah nabi saw daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.

Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau beeselawat maupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad, ......

Tanda kasih sayang kepada Rasullullah saw juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh. Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.

Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudung.

Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.

Salam kasih dan sayang.

(x ingat sumber dr mna..huks3~ IluVislam atau dr blog2 orng yg Cinta akan AgaMAnya..hmm xpe2. APA yg PENTing?!!! IMLu dan PengajaRAnnya...)

Wallahualam

No comments: